Sunday 4 September 2011

Edulfitri di Galeri Mansor

31 Ogos  2011, Rabu. - Bangun awal pagi. sediakan  sarapan ala kadar. dalam hati membuak-buak rasa mahu saja terus ke sana awal pagi lagi. Dah lam atak berkunjung ke Galeri Mansor. tak sabar rasa hati ini hendak melihat apa pula yang terbaru di galeri itu.

10.00 pagi kami bergerak ke Galeri Mansor. Dua keluarga dengan tiga kereta meluncur laju ke sana. Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai. Bertolak dari Teratak Rahmat melalui Sungai Karangan, melintasi ladang kelapa sawit hingga ke Kuala Ketil. Singgah di Shell untuk isi bahan bakar sebentar. kemudian kami terus ke Galleri melalui Teloi Kanan hingga ke Parit Panjang. Sampai di Pekan Batu Lima, aku jadi teringat Kugiran Batu lima Sik yang cukup popular bila ada majlis walimatul urus. Masa tu umur ku baru 10 tahun. Terbayang suara S. Rohani menyanyikan lagu-lagu popular masa tu. Lamunan ku terhenti bila tiba di Pekan Sik. dari situ kami terus menuju ke Charok Damar. Lokasi yang dah hampir setahun kami tak kunjungi.

12.00 tengah hari, kami semua membelok ke Lorong Kubur. Ziarah Pusara ayahanda yang telah kembali kerahmatullah. kami  bertafakur di pusara sambil menghadiahkan al Fatihah kepada ayahanda tercinta. Selepas  tahlil kami singgah di surau bersebelahan pusara. Solat Zohor berjemaah dan melepaskan lelah sebentar di situ sebelum bergerak ke lokasi seterusnya.







2.00 petang kami tiba di Galeri Mansor. Ramainya tetamu di situ. Maklum la hari raya. Lagipun baru masuk hari kedua Aidilfitri. Kami disambut mesra oleh 'Abang Mansor', tuan rumah dan juga merupakan abang sulung kami. Kami dijemput masuk dan berehat di galeri. Terpegun kami melihat Galeri banyak berubah. Cantik dan indah. sungguh mendamaikan dengan lukisan-lukisan menarik hasil kerja tangan Nadia. Nadia banyak bermain dengan alam, hasil alam, dan warna-warna alam semulajadi.