Monday 6 February 2012

Santai di Guesthouse Teratak Rahmat

Teratak Rahmat terletak 10km dari Pekan Selama Perak, 2km dari Pekan Mahang, Kedah. Teratak ini berada berhampiran sempadan Kedah dan Perak. Hanya 45km dari Kulim, Kedah. Ianya dihubungkan oleh jalanraya yang menghubungkan antara Kulim-Karangan-Mahang-Bukit Bertam ke pekan Selama Perak dan Selama Kedah.Tetamu tidak perlu risau. talian telefon mudah alih Celcom,Maxis, TM dan perkhidmatan jalur lebar ada di kawasan ini. Bagi peminat Radio Amatur, boleh menggunakan repeater Larut atau Jerai.Kedudukan teratak berhampiran dengan jalanraya. Di sekeliling teratak pula terdapat beberapa buah rumah jiran.

bahagian atas gambar ini merupakan ruang veranda teratak. tetamu boleh berehat sebentar di ruang ini sebelum masuk ke dalam teratak. Kerusi rotan di sediakan untuk tetamu bermalas-malas dahulu sebelum beredar ke bahagian lain. Bahagian tepi Teratak Rahmat. Dinding Ala 'High Chaparal' ini telah dibina pada tahun 2003. Dinding Batang kayu ini dibina sendiri oleh Redah Alam. Bahagian bawah dinding ini dibuat dari susunan batu sungai. kolah kecil di halaman pula dipelihara anak ikan sepat dan puyu di dalamnya.
Ruang Kopi bahagian dalam teratak. Santai waktu petang sambil minum kopi o panas dan makan goreng pisang di ruang in amat mengasyikkan.
Kalau dah lama berada di dalam teratak, boleh keluar berehat dan mengambil angin di bahagian luar. Suasana kampung amat menyenangkan. Apatah lagi udara di sini kurang tercemar.Pada waktu petang pula, halaman ini tidak panas. Redup kerana teratak dikelilingi pokok rambutan, langsat, manggis, dan durian. Sekiranya tetamu menginap pada musim buah-buahan, tetamu boleh memilih untuk makan buah apa sahaja yang masak di sekitar teratak.
Halaman teratak yang luas di hadapan, kiri dan kanan teratak. Kalau ada kanak-kanak yang datang, boleh bermain-main di halaman ini. usah risau akan keselamatan kanak-kanak kerana teratak ini dikelilingi pagar. Anda boleh memilih untuk barbeku di halaman teratak pada waktu malam. Kalau ada modal lebih, Redah Alam boleh menyediakan 'kambing kampung jantan' untuk barbeku. tetamu boleh memilih untuk memetik ulam raja, pucuk salang, di belakang rumah atau boleh mengambil rebung buluh di tepi sungai untuk dibuat ulam. Sedapnya bila dicecah sambal tempoyak.

Galeri teratak di ruang tamu. Banyak arca berupa kayu hanyut dan tunggul ada di sini. semuanya diperoleh di sekitar Sungai Kerian yang terletak hanya 500 meter dari teratak. Bagi yang suka memancing, boleh ke sungai untuk memancing udang galah atau ikan darat yang banyak menguji kesabaran tetamu. Umpan cacing boleh dikorek di belakang teratak.





Suatu sudut dalam teratak. Boleh gunakan sudut ini untuk berehat sambil berbual mesra dengan keluarga, rakan atau tetamu yang ada di teratak. Meja buatan sendiri oleh redah Alam ini boleh dipindah ke sudut mana yang tetamu kehendaki. Kebanyakan tetamu suka tidur beramai-ramai di ruang ini. hamparan 'toto Padang Besar' disediakan untuk yang berminat bermalam di ruang ini.
Almari antik yang isi dalamnya juga kebanyakan barang antik tersusun rapi. Banyak pinggan, piring, cawan, dan gelas tahun 60an, 70anan dan 80an ada dalam lemari ini. Pintu di sebelah kanan Asmidar merupakan pintu bilik setor. Di sediakan 2 bilik untuk tetamu tidur di teratak ini.
Lagi satu sudut berehat. Bangku diperbuat dari banir kayu cengal yang dikorek di kebun getah pusaka keluarga. Izzati Mohammad tidak melepaskan peluang dapat bergambar di ruang ini. kalau tak hendak duduk di atas kerusi itu, boleh pilih untuk bersimpuh di lantai sahaja. Selalunya anak-anak tetamu suka bermain batu seremban di ruang ini.Kadang-kadang ada juga yang bermain congkak atau baring-baring sambil membaca majalah.
Ruang santai sambil menonton televisyen. Kerusi rotan menghiasi ruang ini. Redah alam Mohon maaf kepada tetamu kerana di teratak ini tidak ada sofa mewah dan mahal-mahal. Kalau hendak minum, selalunya semua tetamu akan duduk bersila atau bersimpuh di tepi ruang ini. Kopi tumbuk asli bauatn sendiri selalunya dihidangkan bersama pisang goreng, ubi kayu rebus taupun lepat pisang.
Majalah-majalah lama disediakan di ruang ini. tetamu boleh membuka dan membaca buku-buku yang disusun di atas batu penggiling dan rak buku ini.Cuma satu pinta Redah Alam, tolong susun kembali setelah membacanya. Buku-buku ini juga bukan untuk dipindah milik.

Beranda teratak di bahgian hadapan. Bangku simen fero berupa batang kayu dan dinding ala High chaparal diukir sendiri oleh Redah Alam.Boleh lepak di lantai veranda ini kalau mahu. Kalau musim buah-buahan pula, ruang inilah yang menaji pilihan untuk makan durian, rambutan, langsat dan buah-buah lain yang boleh dipetik sahaja di keliling teratak.
Bahagian hadapan teratak. kelihatan Surau berada di sebelah teratak.Tetamu boleh mengerjakan solat berjemaah di surau ini. Pada malam-malam Ramadhan cukup meriah. Banyak jemaah datang mengerjakan solat Terawih. Ada moreh selepas solat. tetamu boleh nmerasai bersama jemaah di sini.


Galeri Rahmat. Kebanyakan bahan di teratak dibuat dan diukir sendiri oleh Redah Alam Resources. Kalau berminat tetamu boleh ikut serta Redah Alam ke sungai, ke bukit, ke belukar atau ke kaki gunung Bintang untuk mencari haiasan sebegini.
Kaunter makanan di ruang dapur teratak. ianya dihasilkan dengan menggunakan 'kayu lemak ketam' yang diperoleh di kawasan belukar yang tidak jauh dari teratak. Tetamu boleh memilih untuk berjalan-jalan di belukar kecil sambil memancing ikan sungai di Sungai Kerian yang mengalir tidak jauh dari teratak ini.Kalau ada rezeki boleh dapat pancing udang galah, ikan sebarau, ikan teruboi dfan juga ikan kaloi. Boleh dihidangkan sebagai menu makan tengah hari. Di bawah pula ruang dapur teratak. tetamu teratak ini boleh meilih untuk memasak sendiri atau pun menggunakan perkhidmatan memasak di sini. Kalau anda berminat untuk menghabiskan masa cuti anda bersama keluarga serta teman bolehlah hubungi Redah Alam Resources di talian 013-4444655/ fb: redah alam resources / redah pangkor 69 di twiter / redahpangkor.blogspot.com di blog.



No comments:

Post a Comment