Sunday 17 August 2014

Cerita Sebuah Kehidupan

Setiap sebuah kehidupan mempunyai tempoh waktu tersendiri. Kitaran waktunya juga tersendiri dan unik. Apabila waktu itu berlalu, maka tinggal hanyalah kenangan yang akan membangkitkan rasa nostalgia.

Tuesday 5 August 2014

Pangkor, tak terasa masa berlalu

Pulau Pangkor, sememangnya sinonim sebagai tempat percutian dengan hamparan pantai yang indah. Jika ingin melupakan sejenak segala kekusutan dan kesibukan kota, maka Pangkor antara destinasi yang anda harus tuju. Selain lokasi yang tenang dan santai, perjalanan yang tidak mengambil masa yang lama sama ada dari arah utara mahupun arah selatan. Ini menjadikannya pilihan ramai, tak kira berpasangan, berkumpulan, berseorangan ataupun berkeluarga untuk datang bercuti. Jika pada hujung minggu ini ataupun pada masa cuti akan datang ini anda masih belum ada perancangan, mengapa tidak ke Pangkor.

Anda boleh memilih sama ada mahu menghabiskan masa di penginapan yang selesa dalam bilik-bilik hotel atau resort. Ataupun sebaliknya berehat dalam chalet-chalet penginapan yang kosnya agak murah dan berpatutan. Bagi yang gemar percutian yang lebih ekstrem, anda boleh merasainya dengan percutian berkonsepkan perkhemahan. Tapak perkhemahan di tepi pantai atau di pinggir hutan sentiasa menanti kedatangan anda. Malah ada juga yang memilih bersantai di kawasan perkhemahan yang tidak ada orang lain di sekitar kawasan itu. Kata orang, tempat 'prrivacy'.

Selain menjelajah kawasan sekitar Pangkor, anda boleh juga melakukan pelbagai aktiviti riadah yang ada. Jika sudah menjelajah alam semulajadi Pangkor dengan berjalan kaki, berbasikal ataupun bermotosikal, apa kata kita cuba aktiviti yang lebih menyeronokkan. Kalau mahu membasahkan badan, anda boleh berkayak, berakit, 'snorkeling', 'jet sky' ataupun setidak-tidaknya bermain ombak di tepi pantai.

Percutian anda akan lebih menyeronokkan apabila dapat melakukan aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal. Aktiviti 'trekking', 'repelling', 'survival', 'Tresure hunt' serta beberapa aktiviti 'outdoor' boleh juga anda alami di sini. Siapa tahu, dengan mencuba aktiviti lasak ini boleh mengeratkan
lagi hubungan dengan keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan.

Monday 4 August 2014

Jeans dan lelaki

Denim atau jeans tersenarai sebagai koleksi pakaian yang perlu ada bagi setiap lelaki mahupun wanita. Malah setiap sesorang peminat jeans pasti memiliki sekurang-kurangnya sehelai dua jeans di dalam almari pakaian masing-masing. Tidak kira berjenama atau tidak jeans ibarat pakaian wajib perlu ada bagi setiap lelaki. Ibarat isi dan kuku, begitu juga lelaki dan jeans. Biar apa jua usia mahupun gaya persendirian yang dipegang, jeans sentiasa menjadi pelengkap kepada gaya seorang lelaki.

- pembuatan dari 'kepala kain'
- saiz 33
- tinggi
- terpakai
- tawaran harga RM100/ untuk sehelai

Gaya dan aktiviti lasak

Anda seorang penggemar aktiviti aktiviti lasak dan ekstrem ? Merentasi hutan berhalangan, menuruni cerun bukit dan gunung  yang curam, Serta aksi melompat ke udara.... Pernahkan anda melakukannya ? Hanya mereka yang cekal, berani Serta mahukan keseronokan sahaja sanggup melakukannya.
Basikal, motocross, rafting, kayaking, 4x4 of road antara yang dikategorikan sukan ekstrem. Semuanya antara aktiviti lasak yang semakin  popular di Malaysia. Adakah anda mahu menyelami dan melihat sendiri apa keistimewaan aktiviti lasak ini ? Redah Alam cuba mengajak anda merasai bersama. Kalau buka kali ini , mungkin anda boleh menyertainya satu hari nanti.

Sunday 3 August 2014

Jaket biru

Tiada yang menghalang, segala cabaran ditempuhi. Keberanian Dan kekentalan adalah lambang keperkasaan jejaka. Menepati dengan cara hidup lelaki aktif dan lasak, soal gaya juga tidak mahu ketinggalan. Kali ini gaya ranggi dan lasak menjadi buruan lelaki.
Jaket Rona biru vintaj bersama jeans 'straight cut', menjadi nadi pada gaya utuh si jejaka yang memakainya. Malah ianya menjadi sebagai pelengkap tersendiri jejaka terhebat.

RM100/ termasuk pos

Gaya retro dengan but kulit

Pemilihan kasut yang sesuai perlu berpadanan dengan seluar atau baju yang dipakai. Kasut yang tepat pasti saja mampu melengkapkan penampilan si pemakainya.
Gaya retro atau klasik dengan kasut kulit pasti akan membuatkan setiap lelaki tampil hebat Dan bergaya. Pemilihan kasut dengan muncung tirus harus selari dengan potongan seluar yang sesuai.
Pastikan seluar tidak menutupi keseluruhan kasut kerena kecenderungan 'dress pants' untuk meleret sehingga ke lantai akan mencacatkan penampilan seseorang. Untuk penampilan separuh formal, anda boleh gayakan denim dan kemeja bersama kasut kulit dengan potongan gaya yang minima.
But retro ini khas untuk jejaka yang berjiwa rock. Gaya santai jeans dan kemeja selalunya tepat digayakan dengan but ini. But terpakai bersaiz 41 ini mampu membuatkan si pemakainya kelihatan hebat dan bergaya. Dengan membelanjakan RM150 sepasang , anda boleh memilikinya.

Retro

Teruskan Melangkah. Koleksi retro terpakai untuk dijual. Rekaan buatan tangan, klasik, kemas dan jahitan halus. Koleksi stail lasak dengan perincian tepat menangkap mata dan tentunya mendefinasikan gaya lelaki retro. Mainan kulit kambing dengan warna gelap hitam melatari rekaan yang menyerlahkan gaya si pemakainya. Gaya, potongan dan perincian dihasilkan mengikut bentuk dan fungsi yang lebih kontemporari. Uniknya koleksi dan seleksi penuh gaya yang harus dimiliki ini adalah hasil kraftangan sendiri.

Koleksi retro dalam kondisi 90% dan terpakai. Kulit kambing berwarna hitam. Saiz 7. Buatan tangan. Harga RM200. Kuantiti sepasang sahaja.

Saturday 2 August 2014

Percutian ekstrem

Untuk mereka yang gemarkan kelainan. Bosan dengan percutian yang biasa ? Mengapa tidak mencuba sesuatu yang Lain dari kebiasaan ? Percutian gaya ekstrem dengan pelbagai aktiviti rekreasi yang mungkin menjadi pilihan. Ekopelancongan adalah perjalanan dan lawatan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, termasuk kawasan semulajadi dan juga untuk menikmati serta menyedari akan sifat-sifat semulajadi.

Gaya percutian ekopelancongan ini juga turut bertujuan menggalakkkan pemuliharaan alam sekitar serta penglibatan masyarakat tempatan di dalam aktiviti sosio ekonomi yang positif. Tapi konsep percutian ini tidak sesuai jika anda pergi berseorangan. Seelok-eloknya berdua atau lebih. Selain itu ia memerlukan Sedikit kecergasan dan lebih elok jika dilakukan bersama teman-teman.

Dambaan rindu pangkor

Pulau Pangkor memang cukup terkenal di seluruh pelusok dunia. Keistimewaannya sebagai destinasi percutian utama Negara ini bukan pada pantainya yang menawan Malah lengkap dengan semua jenis tarikan. Setiap percutian kebiasaannya akan menjadi lebih manis jika disajikan dengan pelbagai aktiviti yang memenuhi kehendak dan citarasa serta layanan yang terbaik.

Sesiapa sahaja pasti mengimpikan pengalaman percutian yang bebas dari hiruk-pikuk dan hingar-bangar kota, malahan mahu bebas daripada bebanan kerja yang hanya mengusutkan kepala. Maka, di sinilah merupakan lokasi percutian yang paling ideal. Memandangkan persekitaran pangkor hanya ditemani air laut, flora dan fauna yang secara tidak langsung mempesonakan percutian. Apatah lagi para pengunjung diberi kebebasan memilih jenis penginapan dan aktiviti mengikut citarasa masing-masing.

Kepada mereka yang merindui bunyi ombak, jangan lepaskan peluang menelusuri perkampungan nelayan. Perkampungan yang menjanjikan kedamaian yang sukar ditemui di bandar. Menghirup secangkir Kopi bersama pasangan di warung-warung pilihan atau di beranda kopitiam yang menghadap laut cukup mengasyikkan.

Air laut yang membiru di samping tiupan angin sepoi-sepoi bahasa memberi ketenangan  kepada pengunjung yang mengambil kesempatan berjemur dan menatap bahan bacaan di atas buaian gantung yang diikat antara dua batang pokok. Tidak dinafikan, ramai yang begitu teruja untuk mengunjungi pulau ini kerana tidak sabar-sabar lagi menikmati keindahan pantai dan lautnya. Pantai-pantai yang indah, bersih serta jernih biru-kehijauan amat sesuai bagi mereka yang mencari kedamaian.

Friday 1 August 2014

Memori Indah di Pulau pangkor

    Dahulunya pulau ini hanyalah persinggahan nelayan atau pelaut yang berlindung daripada ancaman ribut. Masa berubah, membawa bersama pembangunan yang menukar wajah pulau ini. Kini, Pulau Pangkor menjadi salah satu destinasi percutian yang paling popular di negara ini.

     Menurut lagendanya, pulau ini mendapat nama daripada perkataan Siam 'Pang Ko' yang bermaksud pulau yang cantik. Tepat sekali dengan nama yang diberi, kebiruan air lautnya dan kehijauan hutan sekeliling seperti memanggil-manggil pengunjung untuk menikmati keindahannya. Pulau ini bukan sahaja menggamit hati pelancong tempatan, tetapi juga menjadi idaman pelancong asing yang mahu berjemur di bawah pancaran matahari, beralaskan pasir pantainya yang memutih.

     Dikelilingi pulau-pulau kecil yang menjadi daya tarikan hidupan marinnya, pulau ini menjanjikan kepuasan bagi yang datang bersantai bersama keluarga, rakan-rakan mahupun bersama pasangan. Apa yang pasti, pelancong yang pulang akan membawa bersama kenangan di Pangkor sebagai ole-ole.

     Panorama daratnya yang menghijau begitu mempesonakan. Hutan simpan Pangkor menyimpan seribu rahsia alam flora dan fauna yang memang mengasyikkan. Bukan sahaja suasana tenang dan damai, hati juga akan melonjak gembira melihatkan penghuni rimba yang sudi berkongsi nikmat alam.Melihat enggang terbang bebas rendah dari dahan ke dahan, begitu melekakan. Ada ketikanya para pengunjung berpeluang memberi makanan kepada si enggang jinak.