Thursday 30 October 2014

Mini Ekspedisi Kayak Bersama KUIM

Aktiviti kayak adalah aktiviti yang sering  pilihan utama pengunjung Redah Alam. Ini adalah kerana aktiviti yang mencabar ini ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Bagi kami slogan 'biar jasa jadi kenangan' tetap diutamakan. Kami amat mengutamakan kepuasan hati pengunjung ketika bersama kami.

Aktiviti ini mengambil masa sekitar dua setengah jam. Ianya bermula dari satu lokasi ke lokasi yang berbeza. Memang mencabar fizikal dan mental pendayung kayak ketika mengikuti ekspedisi ini.

KUIM atau Kolej Universiti Islam Melaka amat bertuah kerana berjaya menghabiskan dayungan dari Pantai Teluk Siapu ke Pantai Pasir Bogak, Pangkor.  Mini ekspedisi kayak ini disertai oleh 18 orang peserta lelaki, 6 orang peserta perempuan serta 2 orang urusetia. Redah Alam menyediakan 6 orang fasilitator untuk mengendalikan ekspedisi ini. Di samping itu khidmat seorang jurufoto juga disediakan untuk merakam detik-detik suka dan duka ekspedisi ini. Seorang jurumudi disediakan untuk membawa fasilatator dengan bot penyelamat untuk membantu peserta ekspedisi.

Peralatan yang digunakan untuk ekspedisi ini sentiasa dipastikan berada dalam keadaan selamat digunakan. Sebanyak 12 kayak 'tandem', 2 kayak 'single', sebuah bot penyelamat dan peralatan menyelamat disediakan untuk program ini. Sebuah kenderaan pacuan empat roda beserta seorang pemandu disediakan di darat untuk membantu sekiranya diperlukan.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta KUIM yang berjaya dalam ekspedisi kali ini. Semangat anda menyahut cabaran berkayak amat mengkagumkan kami.

Tuesday 28 October 2014

Kembara Hutan Bersama KUIM

Kembara hutan atau 'trekking' di Bukit Pangkor Selatan sering menjadi pilihan kumpulan yang datan ke Pangkor. Redah Alam sentiasa menanti tempahan untuk aktiviti mencabar ini. Aktiviti pilihan ini boleh ditempah lebih awal untuk memudahkan peserta dan urusetia RARE membuat persediaan.

Kolej Universiti Islam Melaka berpeluang melakukan aktiviti santai kembara hutan bersama RARE pada 26 Oktober 2014. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya merentasi cabaran selama 2 jam yang bermula jam 02.30 ptg dan berakhir 04.30 ptg. Perjalanan sejauh 4km di hutan dan terpaksa mengharungi cabaran berbukit, onak dan duri, serta menuruni bukit di denai-denai yang mencabar berjaya diatasi oleh semua peserta.

Wednesday 22 October 2014

Kau mendamaikan jiwa

Sesekali dapat menikmati percutian indah di pulau dengan ditemani deruan ombak memukul pantai tentu sekali memberi pengalaman mendamaikan selepas mengharungi hiruk-pikuk kehidupan kota. Percutian seumpama itu tentunya memberi seribu satu kenangan indah tatkala dapat berehat dalam keadaan tenang di tepi pantainyang memutih. Siliran angin menyejukkan tubuh badan sambil membawa udara laut yang menyegarkan.

Cabaran Lasak Bersama Tersayang

Aktiviti lasak bersama keluarga jangan dilupakan begitu sahaja. Aktiviti riadah lasak ini boleh menjadi daya penarik utama percutian bersama keluarga. Anda yang prihatin dengan minat anggota keluarga anda dan mengambil kira perasaan mereka, Redah Alam menyediakan pelbagai aktiviti riadah yang sesuai dengan semua peringkat umur.

Untuk aktiviti yang lebih mencabar, sukan-eko adalah amat digemari oleh kebanyakan pengunjung yang berkesempatan bersama Redah Alam. Ini termasuklah meredah denai selama empat jam yang meliputi kawasan persekitaran lembah dan bukit-bukau. Selain itu aktiviti seperti absailing, repelling, flying fox, berbasikal, berkayak dan berkhemah juga disediakan jika mahu. Apa pun jua kegemaran anda, pastinya ketahanan mental dan fizikal akan teruji pada ketika itu.

Anda benar-benar akan diraikan sehinggakan terasa tidak mahu pulang. Selepas beraktiviti lasak, tempat penginapan yang selesa sentiasa menanti anda. Bilik-bilik yang lengkap dengan fasiliti sedia menanti anda untuk melepaskan lelah. Anda yang gemar bercuti dalam  suasana kekeluargaan pasti merasa berada di kediaman sendiri. Pastinya kedinginan bayu laut boleh menyegarkan anda. Layanan Redah Alam di sini nanti membuatkan percutian anda lebih teratur dan menyelesakan sebaik sahaja kaki sudah melangkah ke sini bersama Redah Alam.