Wednesday, 8 October 2014
Sunday, 17 August 2014
Cerita Sebuah Kehidupan
Setiap sebuah kehidupan mempunyai tempoh waktu tersendiri. Kitaran waktunya juga tersendiri dan unik. Apabila waktu itu berlalu, maka tinggal hanyalah kenangan yang akan membangkitkan rasa nostalgia.
Tuesday, 5 August 2014
Pangkor, tak terasa masa berlalu
Pulau Pangkor, sememangnya sinonim sebagai tempat percutian dengan hamparan pantai yang indah. Jika ingin melupakan sejenak segala kekusutan dan kesibukan kota, maka Pangkor antara destinasi yang anda harus tuju. Selain lokasi yang tenang dan santai, perjalanan yang tidak mengambil masa yang lama sama ada dari arah utara mahupun arah selatan. Ini menjadikannya pilihan ramai, tak kira berpasangan, berkumpulan, berseorangan ataupun berkeluarga untuk datang bercuti. Jika pada hujung minggu ini ataupun pada masa cuti akan datang ini anda masih belum ada perancangan, mengapa tidak ke Pangkor.
Anda boleh memilih sama ada mahu menghabiskan masa di penginapan yang selesa dalam bilik-bilik hotel atau resort. Ataupun sebaliknya berehat dalam chalet-chalet penginapan yang kosnya agak murah dan berpatutan. Bagi yang gemar percutian yang lebih ekstrem, anda boleh merasainya dengan percutian berkonsepkan perkhemahan. Tapak perkhemahan di tepi pantai atau di pinggir hutan sentiasa menanti kedatangan anda. Malah ada juga yang memilih bersantai di kawasan perkhemahan yang tidak ada orang lain di sekitar kawasan itu. Kata orang, tempat 'prrivacy'.
Selain menjelajah kawasan sekitar Pangkor, anda boleh juga melakukan pelbagai aktiviti riadah yang ada. Jika sudah menjelajah alam semulajadi Pangkor dengan berjalan kaki, berbasikal ataupun bermotosikal, apa kata kita cuba aktiviti yang lebih menyeronokkan. Kalau mahu membasahkan badan, anda boleh berkayak, berakit, 'snorkeling', 'jet sky' ataupun setidak-tidaknya bermain ombak di tepi pantai.
Percutian anda akan lebih menyeronokkan apabila dapat melakukan aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal. Aktiviti 'trekking', 'repelling', 'survival', 'Tresure hunt' serta beberapa aktiviti 'outdoor' boleh juga anda alami di sini. Siapa tahu, dengan mencuba aktiviti lasak ini boleh mengeratkan
lagi hubungan dengan keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan.
Monday, 4 August 2014
Jeans dan lelaki
Denim atau jeans tersenarai sebagai koleksi pakaian yang perlu ada bagi setiap lelaki mahupun wanita. Malah setiap sesorang peminat jeans pasti memiliki sekurang-kurangnya sehelai dua jeans di dalam almari pakaian masing-masing. Tidak kira berjenama atau tidak jeans ibarat pakaian wajib perlu ada bagi setiap lelaki. Ibarat isi dan kuku, begitu juga lelaki dan jeans. Biar apa jua usia mahupun gaya persendirian yang dipegang, jeans sentiasa menjadi pelengkap kepada gaya seorang lelaki.
- pembuatan dari 'kepala kain'
- saiz 33
- tinggi
- terpakai
- tawaran harga RM100/ untuk sehelai
Gaya dan aktiviti lasak
Anda seorang penggemar aktiviti aktiviti lasak dan ekstrem ? Merentasi hutan berhalangan, menuruni cerun bukit dan gunung yang curam, Serta aksi melompat ke udara.... Pernahkan anda melakukannya ? Hanya mereka yang cekal, berani Serta mahukan keseronokan sahaja sanggup melakukannya.
Basikal, motocross, rafting, kayaking, 4x4 of road antara yang dikategorikan sukan ekstrem. Semuanya antara aktiviti lasak yang semakin popular di Malaysia. Adakah anda mahu menyelami dan melihat sendiri apa keistimewaan aktiviti lasak ini ? Redah Alam cuba mengajak anda merasai bersama. Kalau buka kali ini , mungkin anda boleh menyertainya satu hari nanti.
Sunday, 3 August 2014
Jaket biru
Tiada yang menghalang, segala cabaran ditempuhi. Keberanian Dan kekentalan adalah lambang keperkasaan jejaka. Menepati dengan cara hidup lelaki aktif dan lasak, soal gaya juga tidak mahu ketinggalan. Kali ini gaya ranggi dan lasak menjadi buruan lelaki.
Jaket Rona biru vintaj bersama jeans 'straight cut', menjadi nadi pada gaya utuh si jejaka yang memakainya. Malah ianya menjadi sebagai pelengkap tersendiri jejaka terhebat.
RM100/ termasuk pos
Gaya retro dengan but kulit
Pemilihan kasut yang sesuai perlu berpadanan dengan seluar atau baju yang dipakai. Kasut yang tepat pasti saja mampu melengkapkan penampilan si pemakainya.
Gaya retro atau klasik dengan kasut kulit pasti akan membuatkan setiap lelaki tampil hebat Dan bergaya. Pemilihan kasut dengan muncung tirus harus selari dengan potongan seluar yang sesuai.
Pastikan seluar tidak menutupi keseluruhan kasut kerena kecenderungan 'dress pants' untuk meleret sehingga ke lantai akan mencacatkan penampilan seseorang. Untuk penampilan separuh formal, anda boleh gayakan denim dan kemeja bersama kasut kulit dengan potongan gaya yang minima.
But retro ini khas untuk jejaka yang berjiwa rock. Gaya santai jeans dan kemeja selalunya tepat digayakan dengan but ini. But terpakai bersaiz 41 ini mampu membuatkan si pemakainya kelihatan hebat dan bergaya. Dengan membelanjakan RM150 sepasang , anda boleh memilikinya.