REDAH ALAM RESOURCES (ip0353251-A)
Cerita Main Ombak di Pangkor (2H1M)
Sesekali dapat menikmati percutian indah di pulau dengan ditemani deruan ombak memukul pantai, tentu sekali memberi pengalaman mendamaikan selepas mengharungi hiruk-pikuk kehidupan kota. Percutian seumpama ini tentunya memberikan seribu satu kenangan indah tatkala dapat berehat dalam keadaan tenang di tepi pantai memutih. Siliran angin menyejukkan tubuh badan sambil membawa udara laut yang menyejukkan.
Percutian damai sambil main ombak yang diuruskan oleh Redah Alam Resources di Pulau Pangkor menawarkan pemandangan pantai serta berbukit-bukau dan unik di rantau ini. Anda tentu tidak akan berasa puas dan impikan kunjungan kedua kalinya dan seterusnya.


Deretan tambatan bot nelayan dan perkampungan nelayan di tepi pantai menggamit kunjungan anda ke Pangkor. Anda tentu terpegun dengan keunikan kampung nelayan yang penuh warna-warni kehidupan. Kelihatan juga kesibukan bot-bot nelayan kecil pulang ke pelantar membawa hasil titik peluh di laut sebagai rezeki untuk keluarga. Bunyi enjin bot di ‘lebuhraya laut’ begitu membingitkan tetapi itulah yang kedengaran saban hari di sini.
‘Pink taxi’ menanti anda untuk ke lokasi penginapan yang anda pilih. Anda tentu terhibur dengan gelagat dan telatah pengguna jalan raya di sini. Anda dapat lihat kecekapan pemandu dan penunggang di sini mengambil selekoh di jalan sempit tepi gaung taupun setidak-tidaknya mengelak ‘cilokan’ rakan-rakan di sepanjang perjalanan.


Menu makan malam sudah tentulah makanan laut. Sesuai dengan pakej percutian anda di pulau ini. Nikmatilah ikan segar, udang segar, ketam bakar, pari bakar ataupun anda boleh nikmati Jenahak Stim, Siakap Tiga rasa dan Bilis goreng . Segalanya bergantung kepada permintaan tetamu yang mahukan hidangan yang bagaimana rupa.
Makan malam tidak sempurna kalau tidak ada alunan muzik iringan. Apatah lagi suasana di tepi pantai sebegini, sudah tentu anda mahu merasai betapa romantiknya sambil makan dihiburkan oleh alunan muzik
sentimental berentak jazz ataupun bagi yang sukakan yang lebih keras dihidangkan lagu-lagu retro dan slow rock.
Kalau anda mahu berhibur secara langsung, Redah Alam akan sediakan beberapa ‘buskers’ yang bersedia melayan anda sepanjang malam. Jadikan ‘Semalam di Pangkor’ penuh kenangan yang cukup indah. Kalau ada rezeki, ‘buskers’ dari luar negara bersedia menghiburkan anda. Bayangkan anda sedang menikmati barbeku sambil mendengar alunan gesekan violin oleh busker’ dari Portugal ataupun setidak-tidaknya petikan gitar dari ‘Bro jas’ dan tiupan harmonika dari ‘Bro Jojo’. Fuh, kenangan terindah di Pangkor katakan ! Sudah tentu Selamat Malam Pangkor diiringi mimpi-mimpi indah di kamar inap anda.
Senaman pagi dimestikan untuk panaskan badan. Anda boleh memilih untuk melakukannya di tepi pantai atau di arena penginapan. Kadang-kadang aktiviti ini dikongsi bersama pelancong-pelancong lain yang ketika itu ada bersama. Redah Alam tidak berkira dalam hal ini, yang penting semua tetamu dapat melakukannya bersama . Apatah lagi bukan senang nak dapat bersuasana begini.



‘Pink taxi’ meluncur lagi. Pusing pulau diteruskan dengan melalui jalan sempit berbukit, sibuk, bengkang-bengkok di kiri bukit, di kanan gaung. . Ha! Ha! Ada yang dapat ‘mabuk free’ dalam perjalanan ini. Anda akan melepasi ‘Little China Town’, singgah di Fu Ling Kong ataupun singgah di kilang satay ikan. Sesekali berhenti di menara tinjau untuk bergambar buat ole-ole untuk dialbumkan.
Lokasi terakhir anda ialah di pekan Pangkor. Lokasi yang amat dinanti-nanti oleh tetamu wanita (terutamanya). Belilah seberapa banyak buah tangan yang anda mahu. Segalanya bergantung kepada ‘poket’ anda yang sarat ataupun tidak. Keropok ikan, ikan bilis Pangkor, udang kering, talang masin, dan segala hasil laut Pangkor ada dijual di sini. Untuk tersayang di rumah anda boleh membeli cenderamata menarik di deretan kedai.
Pakej Main Ombak akan berakhir selepas ini. Redah Alam akan menghantar anda hingga ke pintu masuk feri di Jeti Pangkor. Tambatan dibuka, feri meluncur, Redah Alam melambai tangan mengucapkan selamat pulang. Harapan Redah Alam agar anda amat berpuas hati dengan percutian damai kali ini. Jadikannya sebagai kenangan terindah dalam diari kehidupan anda. Selamat Pulang dan terima kasih dari Redah Alam Resources.
Bagaimana nak merasainya ……. ?
Hubungi kami di :
Redah Alam Resources
Tel : 013-4444 655
Email : matpkk@gmail.com
No comments:
Post a Comment