Selepas berehat seketika di Kota sejaran ini, kami bergerak pula ke denai bersimen untuk ke Teluk Segadas. Menarik sekali situsai di sini. Berjalan di denai yang banyak pokok lalang ini kadang-kadang rasa gerun juga. Mana tahu ada sanag tedung di sebalik pokok lalang ini. |
Selepas melintai laluan lalang, kami mula mendaki untuk ke Teluk Segadas. Ada yang termengah-mengah mendaki. Walaupun bukit ini tidaklah seberapa tinggi, tapi amat memenatkan rasa. Banyak banir kayu perlu dilangkah. Licin dan yang amat tak suka adalah pacat-pacat sentiasa menegakkankan menanti untu hinggap di sasaran tertentu.
Sempat juga nak bergambar walau terasa penat yang amat sangat. Dalam tak sedar kerana asyik bergambar, kami berempat ditinggalkan oleh rakan-rakan lain. Baru padan muka kami. Terpaksa mendaki dan berjalan laju untuk mengejar rakan-rakan lain.
Setelah Penat berjalan melalui denai-denai hutan, kami berjaya sampai di pantai teluk segadas. Ada beberapa pondok kecil milik individu di sini. Boleh juga kami berehat sebentar sementara enani ketibaaan rakan-rakan yang berkayak.
No comments:
Post a Comment