Sunday 8 January 2012

Santai Apartment Bersama Redah Alam Resources

Ruang tamu yang luas mebuatkan tetamu berasa amat selesa untuk melepaskan lelah setelah seharian dalam perjalanan. sambil santai dapat menonton televisyen atau melihat pemandangan indah di sebalik langsir di ruang ini.
Bilik tidur utama. disediakan katil kelamin untuk melelapkan mata. Sudah tentu 'Selamat Malam Pangkor' menjadi memori indah di kamar ini. Alamari pakaian, Bilik mandi dan penghawa dingin membuatkan anda berasa selesa bermalam dalam kamar ini.
katil untuk anak bujang disediakan dalam kamar ini. Bilik air dan penghawa dingin yang ada sudah tentu boleh membuatkan anda amat berpuashati berada di sini.
Sofa untuk bermalas-malas selepas penat 'pusing pulau'. buatkan kopi atau teh panas, hidangkan di atas meja kecil bersama satay ikan sudah tentu amat menyenangkan.
Menonton televisyen sambil berbual-bual di ruang tamu bersama keluarga,rakan, atau tetamu. Meja kopi disediakan untuk menjamu selera sekiranya berasa malas hendak keluar makan di luar. Peti ais yg disediakan boleh menyimpan makanan segar yang di beli di sekitar Pangkor.
Ruang dapau yang luas. Peti ais, pinggan-mangkuk serta peralatan dapur memudahkan tetamu menyediakan makanan sepanjang bersantai di apartment ini.
Di Kamar 2 juga disediakan bilik air. Apartment 2 bilik ini menyediakan bilik air masing-masing. tidak perlu menunggu giliran untuk 'melawaskan' diri pada waktu pagi, malam atau bila-bila berada di sini.

No comments:

Post a Comment