Wednesday 31 December 2014

Bamboo rafting

Fasa 1.                                                     - setiap kumpulan diberi peralatan untuk.    membina rakit. Pembinaan rakit adalah mengikut kreativiti kumpulan. Ketua kumpulan akan memainkan peranan masing-masing untuk menyiapkan rakit. Biasanya masa akan diberi selama 30 minit untuk menyiapkan tugasan membina rakit.                                                      Fasa 2                                                        - pertandingan rakit dimulakan dari tepi pantai. Setiap kumpulan perlu berakit mengikut laluan yang telah ditetapkan. Kumpulan rakit yang tiba terdahulu akan dikira sebagai pemenang.                      Fasa 3                                                     - Dalam fasa ini, setiap kumpulan akan membuka semula ikatan rakit. Semua bahan serta peralatan hendaklah diletak semula di tempat yang diambil semasa permulaan fasa 1.






Wednesday 3 December 2014

Bila petang kian berlabuh......

Pangkor menjanjikan suatu kelainan. 
Pangkor juga membuatkan anda berasa begitu asyik, damai serta tenang sekali. Segalanya akan anda rasainya andai anda berada di Pangkor ianya bukan sekadar ketika anda berada di tepi pantai malah ketika anda berada di mana-mana tempat di sekitar Pangkor.                          Kali ini saya hidangkan foto-foto 'Petang pun berlabuh' untuk anda. Tidak perlu saya menulis panjang kali ini. Sekadar memuatnaik foto-foto menarik ini. 





Monday 17 November 2014

Cuti Datang Lagi

     Cuti datang lagi. Sempena musim cuti sekolah, pastinya ramai yang mengambil peluang bercuti. Cuti sambil betkhemah di lokasi pilihan, cuti di rimba, cuti di pulau atau cuti di tepi pantai. Biarpun beberapa kali datangnya peluang bercuti sebegini, tapi pernahkah anda sertainya.

     Apa kata kali ini kita buat satu kisah percutian, kita sertai beramai-ramai, pilih lokasi di mana-mana sahaja pilihan yang sesuai, pasti rasa bangga terselit di hati selepas itu. Apapun Redah Alam bersedia membantu untuk menceriakan percutian anda. Lihatlah salah satu lokasi percutian bersama Redah Alam.

Thursday 30 October 2014

Mini Ekspedisi Kayak Bersama KUIM

Aktiviti kayak adalah aktiviti yang sering  pilihan utama pengunjung Redah Alam. Ini adalah kerana aktiviti yang mencabar ini ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Bagi kami slogan 'biar jasa jadi kenangan' tetap diutamakan. Kami amat mengutamakan kepuasan hati pengunjung ketika bersama kami.

Aktiviti ini mengambil masa sekitar dua setengah jam. Ianya bermula dari satu lokasi ke lokasi yang berbeza. Memang mencabar fizikal dan mental pendayung kayak ketika mengikuti ekspedisi ini.

KUIM atau Kolej Universiti Islam Melaka amat bertuah kerana berjaya menghabiskan dayungan dari Pantai Teluk Siapu ke Pantai Pasir Bogak, Pangkor.  Mini ekspedisi kayak ini disertai oleh 18 orang peserta lelaki, 6 orang peserta perempuan serta 2 orang urusetia. Redah Alam menyediakan 6 orang fasilitator untuk mengendalikan ekspedisi ini. Di samping itu khidmat seorang jurufoto juga disediakan untuk merakam detik-detik suka dan duka ekspedisi ini. Seorang jurumudi disediakan untuk membawa fasilatator dengan bot penyelamat untuk membantu peserta ekspedisi.

Peralatan yang digunakan untuk ekspedisi ini sentiasa dipastikan berada dalam keadaan selamat digunakan. Sebanyak 12 kayak 'tandem', 2 kayak 'single', sebuah bot penyelamat dan peralatan menyelamat disediakan untuk program ini. Sebuah kenderaan pacuan empat roda beserta seorang pemandu disediakan di darat untuk membantu sekiranya diperlukan.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta KUIM yang berjaya dalam ekspedisi kali ini. Semangat anda menyahut cabaran berkayak amat mengkagumkan kami.

Tuesday 28 October 2014

Kembara Hutan Bersama KUIM

Kembara hutan atau 'trekking' di Bukit Pangkor Selatan sering menjadi pilihan kumpulan yang datan ke Pangkor. Redah Alam sentiasa menanti tempahan untuk aktiviti mencabar ini. Aktiviti pilihan ini boleh ditempah lebih awal untuk memudahkan peserta dan urusetia RARE membuat persediaan.

Kolej Universiti Islam Melaka berpeluang melakukan aktiviti santai kembara hutan bersama RARE pada 26 Oktober 2014. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya merentasi cabaran selama 2 jam yang bermula jam 02.30 ptg dan berakhir 04.30 ptg. Perjalanan sejauh 4km di hutan dan terpaksa mengharungi cabaran berbukit, onak dan duri, serta menuruni bukit di denai-denai yang mencabar berjaya diatasi oleh semua peserta.