Wednesday 25 April 2012

BBQ Malam Minggu

Barbeku Malam minggu bersama rakan-rakan di Pangkor amat menyeronokkan. Apatah lagi siang harinya bertugas tanpa henti. Kembara, kayak, climbing serta bermain dengan alam amat memenatkan. Tapi segala kepenatan itu hilang bila malamnya dapat berkumpul. Ambil angin malam sambil barbeku amat mengasyikkan. Saiful Johar jadi tukang kipas ikan malam ni. yang seronoknya tukang kipas ni tak sempat nak makan pun


 Rakan-rakan pembantu yang lain berehat setelah penat menyiang ikan, udang, sotong, dan ketam. Kelihatan semua menunnjukkan wajah seronok, puas hati dan yang penting 'perut dah penuh'. Boleh dikatakan setiap malam minggu kami dapat menikmati suasana sebegini. Apatan lagi tetamu yang datang silih berganti saban minggu.
 Aduhai rakan-rakan ku ni. makan malam yang mengasyikkan. Rakan-rakan yang lain bila lagi nak datang dan barbeku sama-sama. Redah pangkor sentiasa menanti kedatangan anda ke sini. Yang penting maklumkan terlebih awal yang anda mahu menikmati suasana seperti malam ini.
 Ikan bakar, ketam bakar, udang bakar. semua tu cecah dengan air sambal belacan. Aduhai, sedap sekali rasanya. Tambahan pula semuanya ini bukan dibeli di pasar pagi tadi, tapi semuanya hasil tarik pukat sejam yang lalu. Ketam bakar ni tadi merangkak lagi di atas bara. Baru naik dari hasil pukat tarik. bayangkan betapa manisnya, enaknya dan membuatkan semua yang hadir sarat perut malam ni.

 Gotong-royong bakar. Itulah amalan kami selepas tarik pukat. Siapa yang hadir malam ni, dijempat makan bersama-sama. Kelihatan Osman, Lan Angkong, Nandet, dan Saifol masih lagi membakar untuk rakan-rakan yang lain

 Ustaz Nazim seorang yang tak pernah pilih makanan. apa yang datang dijamahnya dengan selera sekali. Yang istimewanya, beliau juga merupakan tukang masak kami bila berkhemah, berekspedisi atau setidak-tidaknya beraktiviti sebegini. Tapi malam ni Ustaz Nazim rehat dan makan saja.



Ketam terakhir malam ni. Ketam ni juga merupakan ketam yang sedap, manis dan lembut kulitnya. kalu tak silap saya, ketam yang ke 20 ekor ni.

No comments:

Post a Comment