Thursday 30 October 2014

Mini Ekspedisi Kayak Bersama KUIM

Aktiviti kayak adalah aktiviti yang sering  pilihan utama pengunjung Redah Alam. Ini adalah kerana aktiviti yang mencabar ini ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Bagi kami slogan 'biar jasa jadi kenangan' tetap diutamakan. Kami amat mengutamakan kepuasan hati pengunjung ketika bersama kami.

Aktiviti ini mengambil masa sekitar dua setengah jam. Ianya bermula dari satu lokasi ke lokasi yang berbeza. Memang mencabar fizikal dan mental pendayung kayak ketika mengikuti ekspedisi ini.

KUIM atau Kolej Universiti Islam Melaka amat bertuah kerana berjaya menghabiskan dayungan dari Pantai Teluk Siapu ke Pantai Pasir Bogak, Pangkor.  Mini ekspedisi kayak ini disertai oleh 18 orang peserta lelaki, 6 orang peserta perempuan serta 2 orang urusetia. Redah Alam menyediakan 6 orang fasilitator untuk mengendalikan ekspedisi ini. Di samping itu khidmat seorang jurufoto juga disediakan untuk merakam detik-detik suka dan duka ekspedisi ini. Seorang jurumudi disediakan untuk membawa fasilatator dengan bot penyelamat untuk membantu peserta ekspedisi.

Peralatan yang digunakan untuk ekspedisi ini sentiasa dipastikan berada dalam keadaan selamat digunakan. Sebanyak 12 kayak 'tandem', 2 kayak 'single', sebuah bot penyelamat dan peralatan menyelamat disediakan untuk program ini. Sebuah kenderaan pacuan empat roda beserta seorang pemandu disediakan di darat untuk membantu sekiranya diperlukan.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta KUIM yang berjaya dalam ekspedisi kali ini. Semangat anda menyahut cabaran berkayak amat mengkagumkan kami.

No comments:

Post a Comment