Sunday 20 August 2017

Cantiknya Rama-rama

   Keluasan hutan serta banyaknya pokok berbunga yang hidup subur di merata pulau amat menguntungkan. Apatah lagi pokok-pokok kecil yang selalu berbunga kembang dan cantik. 
   Tidak perlu berjalan meredah hutan belukar tapi sekadar berjalan-jalan di belakang tempat penginapan atau pun berjalan ke semak samun kecil di sepanjang jalan kawasan hutan simpan. Di situ anda boleh memerhati pelbagai jenis rama-rama terbang hinggap menghisap madu sambil bertindak sebagai petani hutan yang terbaik. 
   Seberapa banyak mana yang mahu diambil gambar rama-rama, terpulanglah kepada empunya diri. Apa yang penting ketika datang ke sini, jangan lupa bawa bersama kamera samada kamera digital, teknikal, manual ataupun kamera dari telefon tangan anda. 
    Lihatlah beberapa hantaran gambar rerama yang saya sempat rakamkan ketika bersama beberapa tetamu yang berminat dengan Pakej Memerhati Serangga khususnya rerama di Pangkor. 







No comments:

Post a Comment