Tuesday 5 August 2014

Pangkor, tak terasa masa berlalu

Pulau Pangkor, sememangnya sinonim sebagai tempat percutian dengan hamparan pantai yang indah. Jika ingin melupakan sejenak segala kekusutan dan kesibukan kota, maka Pangkor antara destinasi yang anda harus tuju. Selain lokasi yang tenang dan santai, perjalanan yang tidak mengambil masa yang lama sama ada dari arah utara mahupun arah selatan. Ini menjadikannya pilihan ramai, tak kira berpasangan, berkumpulan, berseorangan ataupun berkeluarga untuk datang bercuti. Jika pada hujung minggu ini ataupun pada masa cuti akan datang ini anda masih belum ada perancangan, mengapa tidak ke Pangkor.

Anda boleh memilih sama ada mahu menghabiskan masa di penginapan yang selesa dalam bilik-bilik hotel atau resort. Ataupun sebaliknya berehat dalam chalet-chalet penginapan yang kosnya agak murah dan berpatutan. Bagi yang gemar percutian yang lebih ekstrem, anda boleh merasainya dengan percutian berkonsepkan perkhemahan. Tapak perkhemahan di tepi pantai atau di pinggir hutan sentiasa menanti kedatangan anda. Malah ada juga yang memilih bersantai di kawasan perkhemahan yang tidak ada orang lain di sekitar kawasan itu. Kata orang, tempat 'prrivacy'.

Selain menjelajah kawasan sekitar Pangkor, anda boleh juga melakukan pelbagai aktiviti riadah yang ada. Jika sudah menjelajah alam semulajadi Pangkor dengan berjalan kaki, berbasikal ataupun bermotosikal, apa kata kita cuba aktiviti yang lebih menyeronokkan. Kalau mahu membasahkan badan, anda boleh berkayak, berakit, 'snorkeling', 'jet sky' ataupun setidak-tidaknya bermain ombak di tepi pantai.

Percutian anda akan lebih menyeronokkan apabila dapat melakukan aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal. Aktiviti 'trekking', 'repelling', 'survival', 'Tresure hunt' serta beberapa aktiviti 'outdoor' boleh juga anda alami di sini. Siapa tahu, dengan mencuba aktiviti lasak ini boleh mengeratkan
lagi hubungan dengan keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan.

No comments:

Post a Comment