Friday 14 October 2011

Classic House



      
    Kalau anda tercari-cari pengalaman menetap di kawasan kampung yang tidak menghiraukan hiruk-pikuk isi kota ataupun pencemaran asap dari serombong industri dan kenderaan, maka singgahlah menjadi tetamu di Teratak Rahmat. Rasailah kesoronokan dan kedamaian menetap bersama masyarakat desa ini.
     
  Terletak kira-kira 12 km dari Pekan Selama, Perak.Teratak Rahmat menawarkan aktiviti 'inap bersama' yang menjanjikan bermacam keseronokan serta pengalaman baru buat yang menginapnya. Dengan kedudukan 50 meter, bersebelahan surau, sudah tentu membuatkan ketenangan terasa. Apatah lagi kala penghujung malam, begitu jelas kedengaran azan Subuh berkumandang. Anda berpeluang mengerjakan solat Subuh berjemaah bersama penghuni desa ini.
   Tatkala kereta di parkir di ruang lapang hadapan Teratak, ruang veranda ringkas menyambut ketibaan tetamu. Mata Mula tertancap pada dinding Teratak yang menggamit kenangan ketika menonton siri 'High Chapparal' sauatu ketika dahulu. Telingan mula terdengar kicauan burung di sekitar teratak dan sesekali terdengar kokokan ayam yang seolah-olah menyambut kehadiran tetamu di Teratak Rahmat ini. Teratak 3 bilik berkonsepkan 'High Chapparal' sedia menyajikan inap desa untuk yang inginkan suasana sebegini.
                                                                                                                                                                          
     Menjengah seketika ruang kedamaian teratak membuka mata tentang keunikannya. Tidak terbayang dan terfikir di fikiran bahawa terdapat sebuah teratak tetamu yang mengetengahkan konsep 'zaman dulu-dulu'. Keunikannya  begitu damai dan mempesonakan. Setiap tetamu tidak disediakan sofa empuk untuk berbual-bual di ruang tamu.hanya hamparan tikar mengkuang dihidangkan dan tetamu dapat merasakan betapa seronoknya bercerita atau melepaskan lelah sambil duduk bersila dan bertimpuh.
   
      Di satu sudut bersebelahan ruang tamu, diletakkan sebuah peti televisyen kecil di atas sebuah meja yang unik sekali. Meja bulat berupa banir kayu yang ditonggengkan menjadi tempat letak peti televisyen itu. Jika terasa lenguh-lenguh kaki atau sakit-sakit tapak kaki apatah lagi menekal pedal terlalu lama untuk sampai di teratak ini, mesin urut kaki manual disediakan. Tetamu boleh mengurut kaki sambil bermalas-malas di ruang ini.
 


     Ruang Legar di satu sudut dalam Teratak Rahmat. Lepak-lepak waktu petang di ruangan ini sambil menikmati juadah petang. Apatah lagi berada di kampung  yang boleh menyajikan hidangan Pisang Goreng, ubi kayu rebus ataupun setidak-tidaknya cucur kodok bersama kopi o panas..Ruang legar inilah selalunya menjadi rebutan tetamu untuk bermalas-malas sambil menikmati minum petang ataupun minum malam.

 
   

     Bercirikan dan berkonsepkan 'country', setiap ruang dinding Teratak rahmat dibentuk seperti batang-batang balak disusun rapat secara menegak atau mendatar. Susunan dan olahan sbegini membangkitkan lagi suasana kedesaan ini. Kawasan luar teratak yang luas membolehkan anak-anak tetamu bermain dan berlari-lari sambil menikmati udara segar di desa.





Kunjungan anda tidak lengkap kalau tidak bermain-main di sekitar halaman teratak. Sepak raga bulat, gasing atau 'jengket' yang satu ketika dulu amat popular, boleh anda mencubanya di sini. Bagi yang berminat dan mahu mencari lebih ketenangan rohani, surau yang terletak bersebelahan teratak ini sentiasa terbuka pintunya. Solat berjemaah setiap waktu bersama penghuni desa amat bermakna buat tetamu di sini. Sesekali jika ada rezeki, ada penceramah khas dijemput untuk menyampaikan ceramah buat santapan rohani. Jika bulan Ramadhan hadir, suasana lebih mengasyikkan apabila bacaan ayat-ayat suci berkumandang di corong surau.



    Selain itu, kalau datang tepat pada waktunya, tetamu boleh merasa buah-buahan tempatan yang terdapat di sekitar teratak. Kalau pun mahu membawa pulang sebagai buah tangan untuk yang tersayang di bandar, tetamu boleh membeli dengan harga murah di dusun-dusun milik masyarakat desa ini. Seperti durian runtuh, harga pun runtuh jika membeli di sini.

   Aktiviti 'inap bersama' di sini pasti memberikan ketenangan yang terindah buat tetamu. Layanan, suasana dan kehidupan masyarakat yang mesra dan ramah di sekitar teratak membuatkan tetamu inap seolah-olah berada di kampung halaman sendiri.


    Justeru, jika anda bercadang untuk menikmati musim percutian yang lain dari sebelumnya, anda wajar mencuba 'inap tinggal' di Teratak Rahmat ini.




Hubungi  kami di :

Redah Alam Resources
Tel : 013-4444 655
Email : matpkk@gmail.com







No comments:

Post a Comment