Thursday 13 October 2011

Pakej Rekreasi


Kayuh Basikal di Pangkor

     Berbasikal mengelilingi pulau melalui jalan darat. Laluan sepanjang sepanjang perjalanan disulami dengan laluan datar, mendaki bukit,dan  menuruni  bukit sambil melayani selekoh bengkang-bengkok yang mendebarkan hati. Sesekali anda akan dapat bersaing dengan pelancong-pelancong dari luar negara yang gemar berbasikal. 
      Menghirup udara segar sambil berbasikal, anda juga dapat singgah di tempat-tempat menarik, tempat bersejarah, lagenda, singgah makan di mana-mana yang anda mahu ataupun setidak-tidaknya menikmati suasana desa-desa di persekitaran yang semestinya mambawa anda mengimbau pengalaman ini sepanjang masa.
                                                                             
      Jarak perjalanan bergantung kepada kemampuan anda. Ada yang gemar menyahut cabaran berbasikal mengelilingi pulau sejauh 25km. Ada juga yang mahu kayuh santai ke pekan untuk membeli-belah dan mencari cenderamata menarik untuk dibawa pulang. Ada juga yang mahu kayuh santai sepanjang persisiran pantai sambil menghirup udara segar dan menikmati panorama indah di tepi pantai.
     Bagi yang lebih ekstream dan sukakan laluan yang lebih mencabar, anda boleh sertai kami di laluan ‘offroad’ yang menyajikan laluan merentasi hutan, cerun,selut, anak sungai, trek curam bekas laluan balak, trek bekas laluan pacuan 4 roda serta melintasi air terjun. Walaupun ada yang jatuh berkali-kali di sepanjang kayuhan namun ia tidak melemahkan semangat untuk sampai di lokasi yang diingini.
 
     Kayuhan waktu malam juga kami tawarkan untuk peminat berbasikal ini. Anda boleh memilih laluan yang anda idamkan sama ada laluan berliku yang gelap ataupun laluan yang disinari lampu-lampu jalan yang melimpahkan cahaya. Kayuhan dinihari yang menyegarkan sudah tentu membuatkan ianya sentiasa menjadi bualan dalam imbauan kenangan berbasikal. 
Penunggang dari Bandung
Bagaimana nak merasainya ……. ?

          Anda hanya perlu hubungi kami. Nyatakan corak laluan yang anda inginkan. Kami menyediakan perkhidmatan sewa basikal, khidmat bantu ekspedisi samada kumpulan kecil atau palaton besar, rakan penunggang, marshal dan juga rakan santai berbasikal. 'No Bicycle, No life'

 
Hubungi  kami di :
Redah Alam Resources
Tel : 013-4444 655
Email : matpkk@gmail.com

No comments:

Post a Comment