Thursday 13 October 2011

Redah Alam Lautan

 Meluncur Menongkah Badai
       Sesekali menyusuri Pantai Pasir Bogak hingga melepasi Pantai Teluk Nipah atau serata perairan Pangkor, mata sering tertangkap pada motor air yang bergerak pantas menongkah badai bermain ombak dengan tangkas. Sesekali melantun tinggi dilambung ombak dan terhempas di hamparan berlekuk-lekuk. 
       Dalam hati tertanya-tanya keadaan penunggang motor air ( jetski ) itu ketika itu. Betapa nikmatnya kalau dapat merasai  sendiri cabaran lasak sebegitu.Terlihat penunggang di gelanggang tidak rata itu begitu ghairah bermain ombak, timbul pula keinginan untuk mencubanya.
     Selepas puas bermain jet ski, anda juga boleh merasai alunan ombak melalui kayak. Samada berkayak  santai jarak dekat bersama pasangan sambil berbicara soal kehidupan dan alam atau anda juga boleh berkayak ekstream dengan berekspedisi mengelilingi Pangkor. Rasai cabaran ‘mabuk percuma’ ketika dioleng ombak laut.
        
Puas bermain kayak, cabaran berakit juga tidak kurang hebatnya. Rakit Buluh atau Rakit Getah boleh membuatkan anda rasa tercabar ketika berada di laut lepas. Betapa terasa puasnya hati bila dapat berakit beramai-ramai  sambil bermain dengan ombak, mendengar nyanyian alun dan menyahut sapaan angin laut.
Lewat petang anda boleh menikmati keindahan matahari terbenam. ’ Sunset Cruise’ boleh mem-bantu anda merealisasikan pengalaman berada di lautan ketika mentari terbenam. Hidangan makan malam dan barbeque diiringi alunan muzik yang mengasyikkan amat bermakna untuk anda dalam percutian indah ini.
     Sertailah Redah Alam Resources. Rasailah pengalaman yang tak mungkin anda lupakan sepanjang percutian indah dan klasik dengan gaya retro dalam ‘Meluncur Menongkah Badai’ bersama Redah Alam Resources.

                                              Bagaimana nak main ……. ?



Anda hanya perlu bayar sewa jetski selama mana anda mampu. Bantuan teknikal dan cara bermain akan diberikan. Anda boleh memilih sama ada menunggang solo, berpasangan atau bersama pemudahcara kami.


Hubungi  kami di :
Redah Alam Resources
Tel :  013-4444 655
Email : matpkk@gmail.com



No comments:

Post a Comment